Nukilan Hati...

“WARKAH TERAKHIR UNTUK ARMAN”

Arman Syakir ,Salam Sejahtera kuucapkan kepadamu... Izinkan aku meluahkan rasa di dalam warkah ini. Aku mengharapkan jangan kau terasa dengan bait-bait kata yang ku susun di dalam warkah ini. Ku hanya menyusun kata indah untukmu agar kau tidak curiga dengan inti patinya...Agar kau leka membacanya. Agar kau terbuai dengan sendalokanya...

Arman Syakir....cinta ini bukan  lagi milik kita . Telah lama kita meninggalkan segala cinta, kasih, sayang dan janji-janji yang telah kita lafazkan bersama. Tidak mungkin untuk aku memberi cinta ini sekali lagi untukmu. Walaupun betapa dalamya cintamu padaku namun ia tidak akan mungkin berulang untuk kali kedua.
            Aku tidak menyangka kita akan bertemu semula di Bandar ini dengan   keadaan yang sebegini....aku melihat dirimu masih seperti dulu, tidak ada yang pernah berubah... Bicara dan tutur katamu masih sama, sopan dan menyentuh kalbu...
            Arman , aku tahu kau masih menyayangi dan mencintai diriku seperti dahulu. Tapi adakah ini berbaloi untuk kita berkorban demi kepentingan cinta kita, aku tidak sanggup untuk melakukannya. Aku tidak sanggup melihat hati insan yang kita sayangi dan kasihi menderita dan hancur dan luluh kerana cinta kita ini. Kau lupakanlah aku Arman.
            Manakan bisa aku boleh melupakan segala kenangan manis dan saat-saat romantis kita bersama dahulu. Cinta kita terlalu hebat, terlalu dalam dan tidak ada yang dapat memisahkan kita. Ada juga yang kata cinta kita ni cinta monyet ialah, sampaikan ada teman-teman yang muak dengan sikap kita ini,lucukan Arman tentang kita masa tu. Dulu kita memang murid yang nakal sikit tapi belajar masih tip topkan?. Sebab kita berdua dah berjanji walau apa yang berlaku,keutamaan adalah serius di dalam bidang pelajaran. Seperti mana seriusnya cinta kita pada masa itu. maka seriuslah kita di dalam semua bidang.Tapi itu cerita dahulu Arman, cerita lapok yang ditelan dek zaman dan tidak akan berulang kembali.
            Kadangkala Arman, apabila  keseorangan aku pasti akan terkenangkan saat-saat manis sewaktu kita bersama dahulu. Kita berkongsi segala kegembiraan dan suka duka bersama, sanggup mengharungi segala dugaan dan rintangan yang mendatang pada ketika itu. Kadangkala aku menyesali kerana sanggup meninggalkan dirimu di saat-saat kau memerlukan diriku di sisi. Puas aku mencari kesalahan dirimu padaku, namun tiada apa sebenarnya kesalahanmu padaku. Maafkan aku Arman, aku hanya mengikut kehendak keluargaku agar menjauhkan diriku daripada dirimu. Sesekali Arman, air mataku gugur kerana mengenangkan dirimu. Kini Arman aku ada pengganti dirimu, namun tidak seperti dirimu sayang.
            Arman, aku masih ingat lagi sewaktu kau selalu membelikan aku kuew teow goreng pada setiap kali ada pasar malam di depan sekolah kita dulu. Maklumla aku tinggal di asrama dan kau pula duduk luar saja, jadi mudahlah  nak bergerak ke mana-mana. Ialah di asrama ni segala pergerakan terbatas, mengikut peraturan dan waktu yang ditetapkan. Aku sebenarnya hairan juga dan tertanya-tanya sehingga kini bagaiman kau tahu kegemaran aku kuew teow. Pada setiap minggu aku akan tunggu kuew teow dari kau sehinggakan aku tak perlu membeli apa-apa dari pasar malam tu lagi. Entah ada atau tidak lagi pasar malam tu, maklumla sudah lama kita tinggalkan tempat dan kenangan itu bersama.
Tapi Arman, adakah kau tahu bahawa aku kini tidak lagi menjamah kuew teow kegemaranku?. Kau tahu sebabnya, kerana pada setiap kali aku ingin melihat dan menjamahnya pasti aku akan menitiskan air mata kesedihan. Aku akan teringatkan segala kenangan tentang kau dan kuew  teow ini. Oleh itu adalah lebih baik untuk aku tidak meneruskannya dan menjadikan sebagai manakanan kegemaranku lagi.
            Kau masih ingat Arman bagaiman mula-mula kau ingin menambat dan mencuri  hatiku. Kau mengirimkan sekeping Kad Hari Raya yang pada aku, yang mana ianya terlalu unik dan menarik.  Itulah kad yang pertama aku terima dari insan yang tidak ku kenali. Di dalam kad Ucapan itu, terselit sehelai surat berwarna kuning dan ironiknya tulisan di atasnya ditulis menggunakan api, Wah terlalu hebat dan taksubnya cinta kau padaku. Berulang-ulang kali aku membacanya, seakan tidak percaya apa yang tertulis di atasnya. Puas aku memikirkan siapakah gerangan pengirimnya. Lama juga untuk aku meneka siapakah yang mengirimkannya memandangkan Kad Ucapan itu hanya terselit di dalam Buku Teks Sejarahku  yang kau letakkan di bawah meja.
            Arman, selepas menerima Kad Ucapan itu, aku buat biasa dan selamba sahaja, ialah takkan aku ingin bertanya pada setiap orang di sekolah siapakah pengirimnya. Aku cuba meneka, tapi tekaanku kurang pasti dan kurang tepat. Namun aku perasan pada setiap kali aku bergerak di sekitar kawasan sekolah, kau pasti akan memandangku dari jauh dan bila aku menoleh semula kau berpura-pura memandang ke arah lain. Mungkin itu perasaanku sahaja, jadi aku tidak terlalu mengendahkan dirimu. Mustahil untuk kau menulis dan mengirim kad ucapan itu kerana kau kurang bergaul dengan kawan-kawan perempuan di dalam kelas.
            Pada suatu hari, kau menyampaikan salam perkenalan kepadaku. Utusan itu disampaikan oleh sahabat baikku, Riana. Beria-ia benar Riana menyampaikan berita itu kepadaku. Aku hanya mampu tersenyum mendengar coletahnya. Katanya kau suka melihat aku apabila berlatih hoki di padang. Aku penuh dengan semangat dan kesungguhan dan manis apabila tersenyum kerana lesung pipitku ini. Ishhh..aku sebenarnya was-was dengan cerita Riana tu, iayalah macam-macam cerita boleh kita dengar dari orang lain.
            Setiap hari Riana akan sampaikan  kiriman salammu kepadaku, pasti tak jemu-jemu kau untuk menarik perhatianku. Aku hanya mampu tersenyum, di dalam hatiku sering berdoa supaya kau tak mengirimkan salam kepadaku lagi. Namun jiwaku ini berbunga juga sebab ada insan yang memberikan perhatian kepadaku. Kau sering memandangku, walaupun tidak secara formal namun aku tahu. Ketika itu, aku masih belum menyimpan apa-apa persaan pun kepadamu dan hanya menganggapmu sebagai teman biasa.....
            Arman, Kau seorang yang pandai melukis dan banyak hasil kerja lukisanmu mendapat pujian dari guru lukisan kita. Riana selalu menceritakkan tentang aktivitimu di dalam kelas. Apabila ada masa lapang dan ketiadaan guru di dalam kelas, kau akan mengelurrkan buku lukisanmu dan mencurahkan segala ilham di dalammu. Katanya lukisanmu semuanya cantik-cantik belaka, seolah-olah seperti gambaran sebenar. Aku kagum mendengarnya, dirimu memang hebat. Nasib baik ada Riana kan? Kalau tidak, aku tidak tahu apa yang kau lakukan,apa yang kau suka dan segala-galaya tentang kau. Memandangkan dirimu dan Riana berada di dalam kelas yang sama, mudahlah untukku mendengar segalanya dari Riana.
 Apa yang penting kau akan selalu mengirim salam kepadaku melalui Riana. Itu pun dah mencukupi bagi aku, kerana aku dan kau hanya kawan dan tidak lebih daripada itu. Riana pernah menceritakan kepadaku bahawa kau sering melukis potret wajah seorang gadis cantik di dalam buku lukisanmu. Apabila Riana bertanyakan tentang lukisan itu kau hanya diam membisu. Aku tahu bahawa aku tidak berhak untuk bertanyakan tentang hal itu. Apa-apa pun aku harap dan berdoa agar kau sentiasa gembira.
            Masih ingatkah lagi Hari Ulang Tahunku yang ke 17, kau telah menghadiahkan ku sebuah patung Teddy Bear berwarna merah jambu. Sungguh ‘cute’ dan comel pemberianmu itu. Aku berasa  gembira dan berbesar hati dengan pemberian itu. Sunggu tidak ku sangka kau akan menghadiahkannya kepadaku. Waktu itu aku baru pulang dari sekolah, kedengaran suara Riana memanggil-mangil namaku dalam keadaaan tercungap-cungap. Aku sangkakan dia dikejar hantu, di tangannta dipegang sebuah kotak berbalut kertas hadiah berwarna merah jambu. Lantas diserahkan bungkusan itu kepadaku, katanya daripadamu Arman. Untuk apa kau memberikan hadiah ini, rasa seperti ingin dipulangkan semula kepadamu. Aku tidak mahu menerimanya, lalu diserahkan semula ke tangan Riana. Riana tersentak dan mengingatkan kepadaku bahawa hari itu adalah tanggal 27 Jun iaitu Hari Ulang Tahun Kelahiranku. Masyaallah, hampir aku terlupa dengan tarikh itu maklumlah sejak kebelakangan ini aku sibuk dalam mengulangkaji pelajaran.
            Terima kasihku ucapkan di atas hadiah pemberianmu itu, walau ketika itu aku tidak mengucapkannya di hadapanmu namun aku tahu kau faham situasiku ketika itu. Cukuplah sahaja Riana sebagai pengantara di antara kita. Kasihan Riana mesti penat pada ketika itu. Aku pun berterima kasih kepadanya atas segala pertolongannyan selama ini. Tidak pernah sekali pun  aku mendengarnya merungut tentang kita ini.
            Pada malam ulang tahun kelahiranku aku dikejutkan dengan sesuatu yang agak istimewa. Rakan-rakan sebilikku telah membuat satu kejutan yang tidak ku sangkakan. Patutlah semua rakan sebilikku lain macam sahaja, malam itu mereka semua tidak bercakap denganku dan memandangku dengan pandangan yang tajam dan seolah-olah aku telah membuat kesalahan yang besar. Rupa-rupa mereka merancang membuat kejutan hari lahirku dengan sebiji kek coklat yang dihias cantik. Malam itu aku tidak beberapa sihat dan ingin masuk tidur awal. Selesai sahaja mereka menyiapkan tugasan semua lampu ditutup dan termasuk kipas sekali. Hatiku tertanya-tanya mengapa... tiba-tiba kedengaran nyanyian ‘Allah selamatkan Kamu’ berulang kali, aku bingkas bangun dan berpaling ke arah teman-temanku dan mereka meminta aku meniup lilin yang tersedia di atas kek.
Aku tergamam Arman, seakan tidak percaya dengan apa yang berlaku. Hampir-hampir aku menitiskan air mata rasa terharu, sedih dan gembira dengan apa yang mereka lakukan. Sedih kerana aku tidak dapat meraikannya bersama ayah dan adik-adikku. Tapi aku tahu ayah akan sentiasa mendoakan kesejahteraan anaknya walau pun di mana berada. Aku gembira Arman kerana ada teman-teman yang sentiasa berada di sampingku terutamanya Riana. Walaupun Riana seorang anak orang yang ‘berada’, namun dia tidak pernah membezakan aku walau apa sekalipun aku. Malahan Riana juga seorang teman baik yang sentiasa memahami...
Sayangku Arman, aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana Riana memaklumkan bahawa kek coklat itu adalah pemberian darimu, sungguhku terharu kerana kau sanggup bersusah-payah keranaku. Lalu kau meminta Riana dan teman-teman meraikannya untuk aku. Mungkin kau rasa, bahawa aku tidak akan menemuimu untuk meraikannya. Maaf Arman aku belum bersedia untuk semua itu, dan terima kasih kerana mamahami diriku.
Arman, masihkah kau ingat sewaktu kita berada di Tingkatan Empat iaitu di mana kita semua terlibat di dalam Program Perkhemahan Unit Beruniform dulu di Pulau Pangkor. Kita berdua di dalam Unit yang sama iaitu Pengakap, tapi tidak pernah sekali pun kita bertegur sapa di antara satu sama lain. Nasib baik kita tidak berada di dalam kumpulan kerja yang sama, kalau tidak tentu aku tidak dapat menumpukan perhatian di dalam tugasan yang di beri. Aku ingin mendekatimu setelah apa yang kau lakukan untukku selama ini. Walaupun kita belum menjadi pasangan kekasih seperti teman-teman lain, namun aku tahu kau sentiasa mengambil berat tentang kebajikanku. Kita berasa gembira dan ceria sepanjang di sana, merasai keindahan alam, hutan bakau yang menyamankan dan keindahan dasar lautnya yang membiru dan pasir pantainya yang memutih. Ciptaan Allah yang Maha Kaya....
Sewaktu di sana aku paling suka  aktiviti berkayak di laut, ia sungguh menguji kesabaran kita sewaktu mengendalikannya. Aku juga tidak pernah lupa sewaktu itu kau seolah-olah begitu marah dan geram dengan aku kerana aku nampak begitu mesra bersama Zahrul Iman, dia membantuku sewaktu ingin memulakankan kayak. Bagiku itu tidak menjadi masalah kerana memang aktiviti ini memerlukan kerjasama berpasukan. Kau pun tahu bahawa kayak itu terlalu berat untukku tolakkkannya ke dasar laut. Aku berterima kasih kepadanya walau aku tahu kau tidak berapa menyukainya. Jadi sepanjang hari itu aku hanya melihat wajah masam dan mencukamu terhadapku, dan tiada lagi senyuman manis seperti selalu. Aku hanya mampu memandangmu dengan wajah sayu dari kejauhan. Maafkan daku kerana melukakan hatimu pada ketika itu.
            Kasihku Arman, marahmu terhadapku tidak terhenti di situ sahaja, sekali lagi dirimu diuji denga kemesraanku bersama Zahrul Iman. Dia sering sahaja berada di sampingku di saat-saatku di dalam kepayahan, aku sendiri terkeliru Arman seolah-olah dia sengaja berada disisiku dan mendampingiku. Itu membuatkan dikau semakin benci kepadaku. Bukan aku sengaja Arman, aku sedikit pun tidak menginginkan semua ini terjadi di depan matamu. Dia tidak tahu tentang kita, tentang kau yang menyukai diriku. Bagaimana untuk aku menjauhkan diri darinya dan mengelakkan diri jika setiap kali dia berada di sampingku. Aku berada di dalam keadaan serba salah Arman, kerana kedua-duanya sahabat aku. Aku bukan mudah untuk menerima semuanya pada saat dan ketika ini. Bukan ini yang aku pinta untuk berada di sini, aku harap kau memahaminya.....
            Ingat lagi Arman ketika kita semua melakukan aktiviti ‘Jungle Tracking’,aku dan kau ditempatkan di dalam kumpulan yang sama dan begitu juga Riana. Gembira rasa hatiku pada ketika itu sehinggakan Riana perasan tentang perubahan diriku. Inilah masanya untuk aku mendekati dirimu,mungkin bertegur sapa dan bercakap denganmu secara dekat. Namun aku tidak pasti tentang itu, takkan aku ingin menjadi seperti ‘perigi mencari timba’. Lantas aku biarkan sahaja anganku berlalu begitu sahaja, cukuplah sekadar bersama di dalam satu kumpulan. Ketika perbincangan kumpulan sebelum kita bergerak mengikut panduan yang diberikan, aku mencuri masa menatap wajahmu. Kau begitu serius ketika memberikan penerangan, semua  ahli kumpulan tekun mendengarnya seolah-oleh seorang penceramah menyampaikan taklimatnya. Aku tahu kau perasan aku ketika itu, aku dapat melihat ekor matamu melirik ke arahku dan dengan segera aku mengalihkan pandanganku.  Tiba-tiba....kau memanggil namaku Inas Malissa, dan bertanyakan samada aku memahami arahannya atau tidak, aku hanya sekadar menganggukkan kepala sahaja. Merah padam mukaku dibuatnya, jantungkan berdegup dengan  lajunya dan terus pandanganku kabur. Aku tidak tahu apa yang terjadi, Sedar-sedar sahaja aku berada di khemah rawatan, terkejut aku dibuatnya..setahu aku, aku tiada penyakit  merbahaya selama ini.  Menurut apa  yang Riana beritahu bahawa aku tidak sedarkan diri selama 2 jam. Hah,. Kenapa aku jadi begitu. Seingat aku kali terakhir  kau  memanggil namaku sahaja, takkan itu penyebabnya. Riana memaklumkan kau begitu risau keadaan aku, dan berasa amat bersalah kerana  menyebabkan keadaanku begini. Katanya kau hanya ingin melepaskan gerammu terhadapku, dan sebab itu kau berkeras dan meninggikan suaramu terhadapku. Tidak mengapa Arman, aku memahami perasaanmu terhadapku.
            Selama 3 hari 2 malam kita berada di Pulau Pangkor, satu kenangan yang terindah dan bukan mudah untuk dilupakan. Sememangnya aku gemarkan aktiviti lasak seperti ini. Dan tidak mustahil untuk aku melakukannya sekali lagi setelah habis persekolahan nanti. Ahhh..rindu rasanya untuk beriadah lagi, kau tahu Arman kini aku tidak seaktif zaman persekolahan dulu, maklumlah umur semakin meningkatkan  membataskan segalanya.
            Arman, Perjalanan pulang ke daerah perjuangan kita terasa begitu jauh destinasinya. Entah berapa lama aku tertidur dan bangun semula pun aku tidak pasti. Pada saat itu fikiranku mengelamun jauh mengenangkan keluarga tercinta, apalah keadaan mereka  di sana, aku harap semuanya baik-baik sahaja. Suasana di dalam bas ini terasa begitu sunyi dan sepi.... kedengaran bunyi-bunyi  dengkuran yang memecah kesunyian. Begitu juga sahabatku Riana yang entah berapa lama terlena di sebelahku. Aku memandang ke tempat duduk di belakang, mencari kelibatmu di sana. Aku melihat kau sedang memandang tepatku ke arahku.. Aduii, malu betul aku pada waktu itu Arman, kau hanya tersenyum memandangku. Tidak sesekali aku memandangmu lagi.,
            Hari-hari yang berlalu di daerah perjuangan kita menjadikan kita lebih matang dalam mengharungi liku-liku kehidupan. Persaanmu kasihmu terhadapku semakin menebal. Aku dapat merasakan itu semua, namun di saat-saat begini keutamaan yang harus diberikan ialah terhadap pelajaran kita. Peperiksaan akhir tahun semakin hampir, tapi seperti ada lagi isi pelajaran yang aku tertinggal. Aku pasti ketika itu kau pasti sibuk menelaah buku-buku pelajaran.
            Suatu hari Riana menyerahkan sepucuk surat kirimanmu terhadapku. Aku menyambut dan membuka helaiannya. Aku meneliti satu persatu isi kandungan di dalamnya, tertulis di dalamnya kau mahu menjadikan aku teman hidupmu. Kau tidak sanggup kehilanganku. Lama untuk kau menyatakan perasaan ini kepadaku, aku terkelu dan terkeliru dengan harapan ini. Arman........aku mengeluh panjang pada ketika itu.. apa yang harusku lakukan. Antara cinta dan cita-cita, mana jalan yang harusku pilih. Biarlah aku memikirkannya dahulu, aku tahu kau pasti sanggup menunggu seberapa lama jawapanku pada ketika itu.
            Petang itu aku menjalani latihan hoki seperti biasa di padang, seolah-olah tiada apa yang terjadi. Aku melihat kau berada di sudut padang bersama-sama teman yang lain sambil memerhatikan aku. Aku pasti kau ternanti-nanti akan jawapan aku... aku belum pasti lagi Arman....waktu itu aku seperti tidak mengendahkan kehadiranmu di situ. Biarlah apa yang ingin kau katakakan, sayu wajahmu memandangku.....
            Hari menjelang senja, selesai sudah latihanku di padang. Dengan segera aku ke asrama menyiapkan dir untuk makan malam, solat dan sebagainya... kau tahu Arman sepanjang aku sibuk mengurus diriku, aku asyik memikirkan permintaanmu terhadapku. Haruskah aku menerimanya, atau aku harus menolak permintaanmu....Puas sudah Riana memujuk dan menantikan jawapanku... Aku hanya diam membisu tanpa sepatah kata. Jawapanku akan difikirkan nanti. Seminggu lama untuk aku memikirkan permintaanmu, memikirkan kebaikan dan keburukannya. Setiap hari kau menunggu jawapanku, melalui Riana aku tahu kau semakin tidak sabar menantinya.
            Malam itu Arman, dengan segera aku menulis sepucuk surat kepadamu, pasti kau masih ingat apa isi kandunngan surat ku itu. Beberapa syarat telahku berikan kepadamu sebelum aku menerima lamaran kau itu. Salah satu daripadanya kau tidak akan melarangku untuk berkawan dengan sesiapa shaja yang aku suka dan aku juga begitu.  Aku berharap kau setuju dengan apa saja syarat yang ku berikan. Aku minta Riana serahkannya kepadamu dengan segera pada esok hari. Kami berjanji untuk berjumpa di baangku batu  bawah pokok ketapang semasa waktu rehat.....
            Melalui perkhabaran Riana, kau menyatakan bahawa kau bersetuju dengan semua syarat yang diberikan.... dan kau juga tidak menghalang segala aktiviti yang ingin kulakukan samada kau gemarkannya atau pun tidak.... terima kasih Arman kerana menghormati permintaanku. ...dan semenjak hari itu, masa dan tika itu, maka termeterailah ikatan kasih sayang kita di zaman persekolahan itu. Aku telah menerimamu dan kau memilihku sebagai teman istimewamu... Riana juga tumpang gembira dengan perkhabaran itu, malahan sebelum ini dia yang beria-ia dalam mengeratkan silaturrahim antara kita. Aku hanya tersenyum sekali lagi Arman, sesekali aku merenung jauh berfikir adakah ini satu keputusan yang tepat. Mungkin juga hanya masa menentukan segalanya.....
            Ingatkah  pada pertama kali kau dan aku berjumpa setelah kita menjadi pasangan istimewa?..... Pekan ‘ I’ menjadi kepada saksi pertemuan kita, aku yang bertemankan Riana masih lagi ragu-ragu dan malu untuk bertemu denganmu. Maklumkan belum pernah bersemuka dengan mana-mana teman lelaki sebelum ini, dan ini yang pertama. Macam-macam perkara bermain di mindaku, mujurlah ada Riana yang setia berada di sampingku. Aku hanya tunduk membisu dan malu untuk menatap wajahmu. Namun dengan segera kau menghilangkan gementarku dengan  menjadi pemula bicara. Soalan pertama yang kau ajukan kepadaku adalah ‘ adakah Inas ikhlas menerima diri Arman?...... waktu itu tiada jawapan yang terkeluar dari bibirku, hanya sedikit anggukan kepala yang bisaku lakukan. Bagaimana untukku menerangkan tentang keikhlasan yang dalam diri ini....
            Kita berbicara tentang diri masing-masing, perihal keluarga, kegemaran kita dan segala-galanya tentang kita. Apa yang aku dapati perbezaan kita adalah dari segi kekeluargaan, ku tahu dirimu seorang anak orang berada yang mempunyai kehidupan yang mewah dan serba-serbinya indah. Tapi aku Amran, hanya anak orang kampung yang mana hidupnya  ibarat ‘ kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang’. Sudikah kau menerima keadaan diriku ini. Dan jawapanmu sedikit melapangkan fikiranku. Kau menyatakan tidak kisah tentang latar belakang kelurgaku dan kehidupanku, apa yang penting kau dan aku saling sayang-menyangi dan mempercayai di antara satu sama lain. Kita berdua juga berjanji akan menjadi pelajar yang cemerlang di dalam segala bidang yang diceburi. Iya itu memang peganganku, aku bercita-cita menjadi seorang pemain hoki yang Berjaya, tangkas dan hebat serta menjadi pelajar cemerlang bagi SPM yang akan datang.
            Walau apa pun yang terjadi, kita tetap akan sentiasa bersama untuk selamanya itulah janji-jani yang kau lafazkan padaku Amran. Dan aku sentiasa pegang akan kata-kata itu sehingga kini. Tapi aku tidak berharap kau akan menjadi milikku kini kerana kehidupan kita kini jauh berbeza.
            Terima kasih Arman untuk hari yang istimewa itu, aku gembira dan selesa bersamamu dan hadiah pemberianmu itu masihku simpan sebagai kenang-kenangan dalam hidupku. Sebentuk cincin emas yang kau berikan kepadaku, masih kini tersarung di jari manisku. Betapa hebatnya cintamu padaku sehingga aku tidak sanggup untuk membuangnya. Biarlah ia sebagai tanda ingatan dan pengganti dirimu yang kini jauh di mataku.
            Selepas peristiwa pertemuan itu, hubungan kita semakin hari semakin erat dan kita kerap berjumpa untuk mengulangkaji bersama. Kau sering membimbingku dalam pelajaran, dan aku tahu kau tidak akan lupakan pelajaran walaupun sedang berkasih-kasihan...... pencapaian pelajaranku kini semakin meningkat dan maju. Semua guru memuji kesungguhanku ketika belajar, dan itu semua berkat tunjuk ajarmu kepadaku.... aku kini semakin bertambah sayang kepadamu.....
            Ingat lagi Arman, dua minggu sebelum peperiksaan akhir tahun itu, aku semakin sibuk dengan menjalani latihan hoki pada setiap hari.... Makumlah pasukan hoki kami perlu bersedia untuk pertandingan hoki di USM, Penang...Aku juga perlu menjalani latihan intensif di Stadium Hoki Sultan Azlan selama seminggu di sana.... lantas kesibukan itu menyebabkan aku terlupa tentang dirimu, dan lama juga kita tidak bertegur sapa dan berkomunikasi di antara satu sama lain.... namun kau  tahu tentang kesibukanku ini. Kau masih sama sabar menantiku, selalu mengirimkan salammu melalui Riana dan memberikanklu hadiah-hadiah kecil sebagai tanda ingatan. Kau tidak sedikit pun berkecil hati denganku, mungkin kerana janji dan syarat-syarat yangku tetapkan dulu..... terima kasih kerana sudi memahami minatku di dalam sukan ini.
            Pemergianku ke Penang menjadikan hatimu sayu, kau sedih kerana tidak dapat bersamaku... aku pergi tidak lama hanya 3 hari sahaja Arman, dan selepas itu pasti kita akan bersama semula....aku dapat melihat kesayuanmu dengan lambaian tanganmu yang lemah longlai itu....dan aku harap dirimu sentiasa tabah tanpaku di sisi... Seperti saat-saat terakhir aku meningglkan dirimu dulu, tanpa sepatah kata yangku luahkan, hanya juraian air mata yang membasahi pipi... Lantas aku berlalu pergi tanpa menoleh ke arahmu lagi.....
            Arman, sepanjang perjalanan aku teringatkan dirimu, wajahmu dan ketawamu yang sentiasa bermain di mindaku.... Tapi Arman, aku tidak boleh benarkan semua itu mengganggu situasiku ketika ini..sedikit sebanyak, ingatanku padamu pada waktu itu seperti pasang surutnya air laut..... apa yang penting ketika itu, semangat yang membara untuk  mencapai kejayaan di dalam pertandingan itu......keadaan di sana Arman, penuh dengan pasukan yang hebat-hebat belaka.... Gerun juga aku melihatnya.. tapi dengan semangat yang ada aku akan berusaha sebaik mungkin bersama-sama ahli pasukan yang lain..... 2 hari sudah berlalu Arman, tinggal sehari lagi untuk pertandingan akhir..pasukan kami berjaya mendapat tempat kedua dalam kategori B itu... Gembiranya hati bukan kepalang, tidak sia-sia pengorbanan kami selama ini dengan menjalani latihan yang diberi...Walaupun kami tewas dengan pasukan Negeri Sembilan, namun kami puas dengan kejayaan ini...
            Kami pulang ke daerah perjuangan dengan perasaan yang gembira, tidak sabar untuk bertemu denganmu Arman..inginku ku maklumkan perkhabaran yang gembira ini,.. dan juga kepada ayah dan adik-adikku, pasti mereka akan berasa bangga dengan kejayaanku... rindu untuk ketemu dengan mereka....aku pasti kau juga Arman tidak sabar menanti ketibaanku di sana....Sepanjang perjalanan tidak lekang ingatanku kepadamu..senyumanku sentiasa terukir hinggakan aku terlelap entah untuk berapa lama.... tiba-tiba aku dikejutkan dari lena, teman di sebelahku menyatakan bas berhenti makan di R&R.... aku terus tandas dan menuju  ke ruang solat kerana Maghrib semakin hampir... Aku mengucapkan kesyukuran di atas segala kejayaan yang diperolehi dan atas segala kurniaan dan nikmat yang diberi. Aku tidak lupa Arman untuk mendoakan kesejahteraanmu dan semoga Allah mendekatkan jodoh kita... Amin...... kau tahu Arman sehingga kini walau pun kita tidak bersama, aku sentiasa mendoakan segala kebaikan dan kebahagiaan buatmu. Tidak ada perasaan benci terhadapmu dari dahulu sehingga kini.......
            Aku tiba di daerah perjuangan ini menjelang tengah malam, terasa keletihan dan kelenguhan pada setiap anggota badan. Ketibaan kami hanya disambut unggas malam  menghiburkan penghuni alam yang sedang lena dibuai mimpi.. tiada apa yang ku fikirkan selain beradu kerana kepenatan..... esok pagi aku dan teman-teman lain tetap akan meneruskan persekolahan seperti biasa.... Tiada lagi mimpi-mimpi indah yang dapatku angankan......
            Pagi-pagi lagi aku segera bangun dan bersiap untuk ke sekolah walaupun badanku terasa masih lagi lenguh-lenguh...kau tahu Arman, sebenarnya aku tidak sabar untuk bertemu dan menatap wajahmu... Riana ada memaklumkan bahawa kau hanya berdiam diri di dalam kelas dan leka melukis di dalam buku lukisanmu. Aku tahu apa yang kau lukiskan... sebuah potret wajahku yang terlalu cantik dilakar olehmu.. Pasti kau merindui aku, itulah yang Riana katakan..Aku pun mempunyai perasaan yang sama terhadapmu...
            Pengumumam sewaktu perhimpunan pagi itu, mengejutkan aku. Pasukan hoki kami telah diumumkan sebagai pasukan terbaik bagi tahun itu... Semua pemain menerima ‘ medal’ kemenagan masing-masing termasuk aku... Aku lihat kau tersenyum manis kepadaku  di barisan belakang... hahahhha....berbungalah hati, bangga dengan kejayaanku....kau tahu Arman, selepas berbaris semula di dalam barisan kelasku, Zahrul Iman mengucapkan ‘ tahniah’ kepadaku... Aku hanya mengucapkan terima kasih kepadanya... Tanpa ada rasa dan prasangka terhadapnya...
            Kita berjumpa di kerusi batu bawah pokok ketapang, kali ini tanpa ditemani Riana aku memberanikan diri bertemu denganmu... seperti lama tidak berjumpa...Dari jauh kunampak senyuman terukir di bibirmu....Aku turut membalas senyumanmu itu... Perasaan rindu yang bersarang di hatiku, telah dirungkai pada hari itu... Kau mengucapkan tahniah di atas kejayaanku tempoh hari.. Walaupun kau tidak menyaksikannya, tapi kau tetap mendoakan kejayaan ku di sana.. terima kasih Arman kau memang seorang kekasih yang baik....Sebelum beredar kau menyerahkan sebuah sampul surat yang besar kepadaku, kata kau buka nanti apabila pulang ke asrama setelah selesai persekolahan..... Aku menyambutnya dengan senyuman seakan-akan aku tahu apa isi kandunngannya... Mungkin seperti apa yang diceritakan oleh Riana...
            Tekaanku benar belaka, sebuah potret wajahku yang tersenyum manis seolah-olah sedang menatap wajahmu... aku mengamati setiap inci potret itu, tidak ada sedikit pun yang kurang dalam penghasilannya...sama seperti wajahku yang sebenar.. terukir lesung pipit yang melekuk di pipiku.... Kreatif sungguh dirimu, tanpa sebarang gambar dan hanya ilusi bayanganku yang kau ilhamkan....itu dulu Arman, kau bisa membayangkan wajahku.. kini mungkin tidak lagu Arman.. aku kini tidak sama seperti dulu...
            Hari berganti hari dan tahun berganti tahun.... Hubungan kasih kita mencecah hampir 2 tahun... Tahun ini adalah tahun terakhir kita akan berada di daerah perjuangan ini...Tahun ini juga merupakan tahun perjuangan dan tahun pertaruhan dalam menentukan kecemerlangan kita di sini... Peperiksaan SPM akan menjelma tidak lama lagi...kita berdua sentiasa mengingati tentang perkara itu, tidak boleh mengambil endah tentangnya.... aku dan kau merupakan tunjang dan harapan keluarga.. dan aku tidak akan mensia-siakan harapan ayah kepadaku.... aku akan buktikan bahawa akau boleh lakukannya... kita berdua sentiasa bersama untuk mengulangkaji pelajaran...kau adalah guru yang terbaik kepadaku..terima kasih sayangku...
            Arman ketika SPM bakal menjelma, aku masih lagi tetap meneruskan aktivitiku iaitu bermain hoki.. Walaupun kau tidak pernah berkata apa-apa tentangnya, namun aku tahu kau risaukan aku.. takut aku akan terleka dan ketinggalan dalam pelajaran.. Tapi percayalah Arman, aku tidak akan sia-siakan diriku ini dan juga bantuanmu  terhadapku... Kau harus percaya dengan kemampuan aku dalam semua bidang yang aku ceburi..... di samping bermain hoki, aku tidak lupa mengulangkaji bersama-sama Riana dan teman-teman lain di asrama, mereka juga turut sama dalam membantuku.... dan di dalam kelas,aku akan pastikan aku tidak ketinggalan dalam setiap ajaran yang guru-guru yang berikan....
            Arman kasihku, kini sudah lebih 10 tahun kisah cinta kita berlalu, ibarat debu-debu pepasir yang ditiup angin. Jauh berlari meninggalkan kita.  Tidak pernah sesekali aku pergi mencari dirimu, padaku biarlah engkau pergi hilang dari pandangan mataku ini.... tapi Arman, di dalam seluruh hatiku ini sentiasa ada namamu...
            Seandainya kau telah menerima warkah ini, mungkin aku sudah lagi tiada di dunia ini....aku tidak pernah memaklumi tentang penyakitku ini kepadamu sejak dulu lagi...Ia tidak bisa diubati lagi, hanya menanti masa untuk pergi.... Arman...  ingatilah segala kenangan manis kita bersama dan simpanlah rahsia hati kita untuk selamanya... Dirimu sentiasa abadi di hatiku...Selamat Tinggal sayangku Arman....Maafkan segala salah dan silapku terhadapmu, aku hanya insan biasa yang selalu melakukan kesalahan.....
            Arman membaca setiap bait-bait kata yang ditulis oleh Inas Malissa berulang-ulang kali...Tidak tertahan air mata Arman, akhirnya gugur ke bumi..... kini Arman memahami perasaan Inas dengan lebih mendalam lagi..Mengapa dan kenapa Inas meninggalkan dirinya..Warkah itu mengimbaskan kembali saat-saat manis cintanya bersama Inas dulu....Warkah itu dilipat kembali dengan kemas dan disimpan di dalam poket seluarnya...Akan Arman simpan sampai bila-bila....Warkah terakhir dari Inas Malissa sedikit menguji imannya...Tapi kini Inas sudah tiada, namun sayang Arman pada Inas tetap seperti dulu...”Semoga Roh Inas Malissa ditempatkan di dalam golongan orang-orang yang beriman”, ucap Arman di dalam hati......Selamat tinggal Inas Malissa.Semoga dirimu Tenang di sana....Amin.............
Nukilan Shahlawati Abd Wahid
................................................................................................................................................................

HASRAT ABAH

Abah sememangnya seorang bapa mertua yang baik dan prihatin terhadap anak-anak dan menantunya. Selain itu abah juga merupakan seorang yang baik hati dan sering menasihati  ahli keluarganya. Namun kadang kala aku tertanya tentang diri abah dan sejarah hidupnya yang sebenar. Takut juga nak bertanya, iyalah takut-takut ada perkara yang menyentuh hatinya. Aku hanya tahu serba sedikit tentang latar belakang abah setelah bertanya pada suamiku.
” Abang, kenapa kita tak pernah balik kampung abah kat Melaka ye"? Aku bertanya pada suami. ”Sabar... suatu hari nanti kita semua akan ke sana juga”. Jawabnya perlahan sambil menundukkan wajahnya. Sememangnya pasti ada sesuatu yang bermain di mindanya... Aku tidak lagi bertanya kepadanya tentang hal itu. Kadang-kadang aku kasihan tengok abah, seperti tiada ahli keluarga yang lain. Aku tidak pernah berjumpa dengan adik-beradiknya yang lain, walaupun abah beritahu yang dia ada kakak, abang dan adik.. dan abah merupakan anak yang keempat daripada lima beradik.... Kebiasaannya, abah hanya akan pulang ke kampung mak mertuaku di Johor sahaja samada Hari Raya atau pun cuti panjang.  Kami akan pulang bersama-sama meraikannya di sana. Jelas terpancar kegembiraan apabila pulang ke sana bersama semua anak menantu dan cucu-cucunya...
            Ibu abah juga masih hidup lagi manakala ayahnya sudah lama meninggal dunia. Tapi adakah abah tidak merindui ibunya di kampung sebab aku tidak pernah melihat abah menelefon atau melawat ibunya di sana. Adakah abah kecewa dengan ibu dan semua ahli keluarganya? Pada ketika ini hanya Tuhan sahaja yang tahu. Tapi aku pernah terdengar perbualan antara abah dan mak. Abah menyatakan bahawa dia berasa teringin sangat balik ke Melaka. Katanya dia berasa tidak sedap hati, dan ada sesuatu yang memanggil-manggilnya untuk pulang ke kampung. Tidak tahu keadaannya ibunya di sana. Emak hanya meminta supaya abah banyak-banyak bersabar dan berdoa semoga tiada apa yang terjadi. Dan andai abah setuju pulang, Insya Allah kami semua akan pulang sekali. Aku hanya tersenyum di dalam hati apabila abah berkata begitu.
           
Pada petang itu, aku dan suami membantu abah dan mak mengangkat kerusi  malas yang diberikan oleh Mak Ida iaitu adik bongsu mak yang tinggal di Puchong. Kami tiba di rumah Mak Ida pada pukul 3.00 petang tapi dia masih belum mengemaskan barang-barang lain yang ingin diberikan kepada kami. Lori mengangkat barang sudah tiba lebih awal dari kami, malu pula rasanya apabila dia sampai dulu. Abah berkata pada Abang Malik pemandu lori tu supaya menunggu sekejap sementara kami mengemas. Dia  hanya tersenyum dan mengangguk dengan perlahan.
” Tak apa lah pakcik, kemaslah dulu saya tunggu kat sini saja” balasnya pula. Abah duduk di laman rumah sambil melayan Abang Malik berbual-bual. Aku lihat Abang Malik duduk kat tepi tembok depan rumah Mak Ida sambil mengeluarkan sekotak rokok. Dihulurkan sebatang rokok untuk abah.... kemudian, perlahan-lahan sebatang rokok  dikeluarkan dari kotaknya dinyalakan api lalu dihisap. Dia asyik duduk di situ sampai habis sebatang rokok dihisapnya. Dicampaknya ke tanah lalu dipadamkan apinya dengan tapak kasut butnya yang tebal itu.
” Apalah yang sedap sangat hisap rokok tu, bukan dapat apa pun setakat sedut dan hembus asap saja. Dan tak pasal-pasal orang di sekeliling pun terpaksa menyedut asap tu sekali, kan menyusahkan orang maknanya.... Nasib baiklah suami aku tak hisap rokok kalau tak siang malam dalam rumah tu bau rokok aje, nanti banyak pula datang penyakit. Katanya dia tak pandai nak hisap rokok, pernah juga dicubanya zaman belajar dulu tapi tak boleh masuklah buat bazir duit je”. Kata hatiku lagi.
            Aku menyambung kembali tugas mengemas yang terbantut  dek melihat abang Malik menghisap rokok aku jadi ralit sekejap. Sebenarnya banyak barang kat umah Mak Ida yang dia dah tak pakai tapi dia dok simpan dalam stor rumahnya. Mak mertua aku apa lagi mintalah apa yang ada, tapi bukan minta semua yang mana dia tak nak pakai. Alah kat umah dia bukan ada siapa setakat Mak Ida dengan Nana anaknya saja. Itulah satu-satunya anak tunggal dia pengerang jantung hatinya. Dia dah tiada sapa-sapa.
            Selepas suaminya meninggal dunia lima tahun yang lalu akibat kemalangan jalan raya, Mak Ida tak kahwin-kahwin sampai sekarang, dia kata nak  bela anaknya sampai besar dan berjaya sampai ke menara gading. Sekarang nie umur Nana pun dah tujuh tahun dah besar panjang, dia pun tau ayahnya dah meninggal dunia. Mak Ida sayang sangat kat dia, apa sahaja yang dia mahu semua kehendaknya akan dapat dipenuhi.” ”Ida, kau taknak lagi ke almari nie? Kalau tak nak kau kasi Razin sajelah, dia nak buat rak dapur” tanya abah sambil membelek-belek almari dapur tu. Aku tengok dah berhabuk je...dah berkurun-kurun duduk dalam bilik stor nie, kau bukan letak apa pun, setakat ketuhar ni je” sambung abah lagi sambil menjeling pada mak. ” kau ambil jer la yang mana-mana pun, janji rumah aku kemas.” balas Mak Ida balik..
            Segala barang yang telah siap dikemaskan diangkat ke dalam lori barang yang sedia menanti. Abah bersungguh-sungguh mengangkat barang dengan dibantu oleh suamiku. Aku nampak wajah abah sedikit kepenatan..iyalah kudrat orang tua, tidak akan sama seperti orang muda. Sebenarnya aku tertanya-tanya di dalam hati di mana adik-adik iparku berada. Sebab abah kata mereka berjanji akan sama-sama mengemas barang-barang lama di rumah Mak Ida ni. Oleh sebab kesibukan, aku tidak pun teringat tentang itu sehinggalah kami hampir siap mengemas. Setelah selesai mengemas barang di dalam lori. Mak Ida menjamu kami semua dengan sedikit jamuan ringan termasuk Abang Malik sekali.
             Sesekali abah menekan nombor, dicubanya 2-3 kali tapi tak berhasil. Puas emak bertanya abah menelefon siapa, tapi abah tetap terus mendail. Selepas abah berhenti mendail baru dia berkata-kata. ” Ni hah, abah cuba telefon Jefri dan Razin, katanya datang sini. Tapi batang hidung pun tak nampak. Kita telefon tapi nombor tak dapat dihubungi. Nak minta tolong pun susah.” Keluh abah”. Emak pula menyambung.”Tak apalah bang, ada hal la tu, entah-entah baterinya habis. Nanti datang lah diorang tu”. Emak seakan-akan memujuk abah. Sejak kebelakangan ni abah cepat marah. Kadang-kadang sedikit merajuk akan hal-hal yang remeh-temeh. Tapi nasib ada emak yang selalu meredakan  hati abah.
            Kami singgah ke rumah abah dahulu untuk menghantar kerusi malas dahulu. Hanya abah dan suamiku yang mengangkatnya. Agak lama juga kami tunggu. Ini pasti lif yang buat hal. Bukan sekali dua tapi selalu lif di kawasan perumahan ni rosak. Akhirnya kami tiba juga di rumah aku. Antara rumah aku Azim ( iparku) bukannya jauh sangat. Tetapi memandangkan dia tiada di rumah terpaksalah perabot yang hendak dihantar ke rumahnya diletakkan di rumah aku dulu. Selesai semua barang diturunkan dari lori Cuma buat masa ni tak larat nak kemas sahaja. Abah. Emak, suami dan anakku melepaskan lelah di ruang tamu. Sementara itu aku ke dapur menyiapkan minuman untuk semua.
            Tiba-tiba....prangggg.....hah semua terperanjat. Seperti ada orang jatuh dibilik air. Aku dengar emak menjerit. ” abang..abang...kenapa ni?”. Emak menggoyang badan abah, menepuk mukanya. Tapi abah tetap tidak menyahut. Abah tidak bergerak. Abah pengsan. Dengan segera suamiku menghidupkan enjin kereta, abah diangkat ke dalam kereta. Aku pun turut serta menemani emak ke hospital. Emak di belakang tidak henti-henti menangis. Aku dengar suara abah. Abah pesan kepada emak supaya menjaga diri dan anak-anak bila dia tiada lagi. Emak meraung memeluk abah. Emak minta supaya abah mengucap dan jangan banyak bercakap.
            Abah kini ditahan di wad jantung. Abah belum sedar lagi, kami semua menunggu abah di ruangan menunggu. Hanya emak yang  masuk untuk melihat abah. Menurut doktor abah mengalami masalah serangan jantung. Ia disebabkan saluran pembuluh darah yang tersumbat. Darah tidak dapat mengalir dengan lancar ke jantung. Kadang-kadang serangan jantung juga boleh menyebabkan kematian. Ya Allah, semoga abah selamat dan tiada apa-apa akan berlaku. Razin dan Jefri suami isteri tiba di wad kecemasan. Diorang pun cemas, cepat-cepat datang ke hospital apabila dihubungi oleh suamiku. Dari air muka mereka, dapat kulihat ada rasa bersalah dalam diri.
            Abah masih ditahan di wad jantung. Dia tidak boleh banyak bergerak dan bercakap. Kami melawat abah pada hari ketiga, keadaannya masih lemah. Jururawat tidak benarkan kami bercakap banyak dengan abah. Aku sedih melihat abah. Tidak sanggup aku melihatnya.. Di dalam keadaan itu, abah masih sempat berpesan kepada anak-anaknya. Terutamanya kepada suami aku, anak sulungnya. ” Zamir, nanti kalau..abah..dah tiada tolong..jaga mak..kau..ya.. Abah sakit, abah tak tahu berapa lama lagi hidup..”. suara abah terketar-ketar. Kami semua mengalirkan air mata mendengar  abah berkata begitu. Aku masih teringat lagi abah pernah berkata dia nak pulang sangat ke kampung halamannya, Melaka. Abah nak jumpa ibunya. Dah lama abah tak tengok wajah ibunya. Arggghhh..jangan-jangan abah..Oh tidak!
            ”Abah..abah..bangun abah..ada orang datang hendak jumpa abah”. Panggil suamiku. Abah bangun membetulkan kedudukannya. Abah terkejut dan tergamam. Kerana wanita yang ada di hadapannya adalah ibunya. Ibu yang melahirkannya ke dunia ini. Ibu yang sudah lama tidak ditatap wajahnya,dan dipeluknya. Abah mengalirkan air mata. Tidak pasti untuk apa. Lalu dicium tangan nenek dan didakapnya erat-erat. ” Ibu, maafkan Nazim”. Kata ayah kepada nenek. Selain nenek, adik beradik abah yang lain pun turut serta. Mereka pun turut terharu dengan pertemuan ini. Baru aku tahu abah membawa diri kerana nenek tidak bersetuju dengan perkahwinan abah dan mak. Emak dikatakan bukan menantu pilihan nenek. Emak tidak pernah membenci nenek, walhal berkali-kali emak mengajak abah supaya berjumpa nenek. Tapi abah enggan, mungkin kerana marah atau sedih. Suamiku, yang memaklumkan keadaan abah kepada Mak Usu Siah, adik abah yang tinggal di Cheras. Itu lah hasrat abah yang terakhir. Dan kesempatan ini abah gunakan dengan sebaik mungkin. Abah bersyukur kerana masih sempat berjumpa ibunya.